Di dalam kehidupan manusia .. apabila tiada rasa bersyukur dengan apa yang ada atau qanaah.. maka penyakit tamak haloba akan mengharungi nya. Di dalam hati nya tidak ada kepuasan , ketenteraman dan ketenangan.
Imam Ibnu Abbas radhiallahu anhu telah berkata
Hayatan Thayyibah adalah Qanaah. Maknanya kehidupan yang baik dan indah adalah dengan bersifat qanaah. Sesungguhnya Allah telah menjadikan ketenteraman dan kesukaan dalam redha dan yakin .. dan menjadikan pula kesusahan dan kedukaan dalam syak dan mendongkol.
Dalam hal ini Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda mengingatkan :
Zuhud pada dunia ini mendatangkan kerehatan yakni ketenteraman pada hati dan badan.
H.R.Imam al- Qudha'i dan Imam Ibnu Umar.
Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman :
Wahai nafsu yang tenteram. Kembalilah engkau kepada Tuhan MU di dalam keadaan redha dan di redhai.
Surah Al - Fajr ayat 27-28.
Diri yang mencapai ketenteraman yang di beri nama nafsul Muthmainah maka sifatnya redha dan yakin dalam semua perkara. Kegembiraan nya di timpa susah sama saja dengan kegembiraan nya di timpa senang. Baginya sama sahaja kekayaan dengan kemiskinan , bahaya dan keamanan serta sifat menerima dan memberi dalam kehidupan. Hatinya penuh redha dalam apa jua keadaan.
Sebagai kesimpulan hadamlah kata- kata Imam Jaafar bin Muhammad ini bahawa : Buah Qanaah adalah ketenteraman.
Semoga bermanafaat untuk kita sekelian.
In sya Allah